Farkhan sasar ke peringkat dunia - Utusan Malaysia

Farkhan sasar ke peringkat dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 17 Okt. – Petinju profesional negara Muhammad Farkhan Haron meletakkan sasaran untuk menyertai kelompok 20 terbaik dunia pada tahun depan dan seterusnya mengintai peluang bagi merebut tali pinggang di peringkat lebih tinggi.

Pemegang tali pinggang Light Heavyweight Ma­jlis Tinju Dunia (WBC) Asia dan Cruiserweight Championship Asian Boxing Federation (ABF) itu ketika ini menghuni tempat ke-39 dunia.

“Antara persiapan yang akan saya lakukan ialah berlatih di Thailand sebelum ke Uzbekistan bermula tahun depan, selain ber­aksi pada Ahad ini,” katanya selepas sidang akhbar Kejohanan Tinju Piala Datuk Bandar 2018 di bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), di sini hari ini.

Kejohanan tersebut akan berlangsung di Dewan Muafakat Adda Heights, Bandar Dato Onn di sini yang melibatkan 46 perlawanan dalam lapan kategori.

Mengenai pencabarnya da­lam kejohanan itu, Farkhan berkata lawannya adalah bekas juara Asia dari Thailand, Uthit Punsen yang tentunya berpe­ngalaman luas.

Walau bagaimanapun petinju kelahiran Johor Bahru berusia 30 tahun itu yakin mampu meraih kemenangan kerana dia memiliki kelebihan beraksi di hadapan penyokong tempatan.

Katanya, dia sudah mempersiapkan diri untuk perlawanan itu walaupun sedikit terjejas kerana baru sahaja menimang cahaya mata kedua minggu lalu selain perlu menurunkan berat badan daripada 94kg kepada 90kg menjelang Sabtu ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN