Faedah 1MDB yang perlu dibayar - Utusan Malaysia

Faedah 1MDB yang perlu dibayar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Okt. – Sejumlah RM1.68 bilion faedah pinjaman 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu dibayar tahun ini.

Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, jumlah tersebut termasuk kadar bayaran faedah Projek Loji Tenaga Kuala Langat 1MDB sebanyak RM208.8 juta yang telah dibayar hari ini

Jelas beliau, dua lagi pembayaran akan dibuat iaitu pada 11 November berjumlah RM217.51 juta manakala di bawah Sukuk Islamik Jangka Sederhana sejumlah RM143.75 juta pada 29 November ini.

“Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan terus membuat pembayaran seperti yang ditetapkan dalam kontrak kerajaan lama.

“Saya selalu tegaskan Malaysia akan mengotakan komitment obligasi yang kita buat di peringkat antarabangsa. Malaysia tidak akan berasa dalam keadaan gagal bayar hutang (default). Kita akan membuat pembayaran,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Jelas Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan, pihaknya akan terus mengambil langkah fiskal bagi mengatasi masalah ini.

Kata beliau, kesan buruk jika Malaysia berada dalam status gagal bayar hutang adalah menjejaskan penarafan atau rating di peringkat antarabangsa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN