LIVERPOOL 22 Okt. – Penjaga gol Everton, Jordan Pickford menyelamatkan sepakan penalti sebelum pemain gantian, Dominic Calvert-Lewin dan Cenk Tosun menjaringkan gol pada minit terakhir permainan yang berkesudahan kelab Merseysiders itu melakar kemenangan 2-0 ke atas Crystal Palace di laman sendiri, semalam. Kemenangan ketiga berturut-turut yang dicatat Everton dalam Liga Perdana Inggeris itu melonjakkan mereka ke kedudukan kelapan, tetapi kekalahan yang menimpa Palace pula menyaksikan mereka hanya dua mata daripada…










