Estetika Pago-Pago Latiff Mohidin - Utusan Malaysia

Estetika Pago-Pago Latiff Mohidin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEMULAKAN kerjaya sebagai pelukis sejak ber­usia 12 tahun, Latiff Mohidin menjadi individu pertama di rantau ini yang diberi pengiktirafan mempamerkan karya di Centre Pampidou, Paris.

Popular dengan koleksi Pago Pago, penerima biasiswa Perkhid­matan Pertukaran Akademik Jerman (DAAD) dalam bidang lukisan itu menempa nama selepas pameran sulungnya di Kota Raja Malay School ketika menuntut di sekolah berkenaan.

Kehausan beliau terhadap ilmu pengetahuan membuatkan Latiff Mohidin mencuba setiap aktiviti yang ditawarkan di Berlin termasuk seni drama, muzik, arca dan jazz.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Latiff Mohidin yang hanya berbahasa Melayu ketika sampai di Berlin mengganggap batasan bahasa sebagai cabaran utama sehingga beliau sanggup duduk bersama penduduk tempatan untuk meningkatkan penguasaan bahasa tersebut.

Koleksi Pago Pago (1960-1969) ada­lah inspirasiukiran objek kraf dalam pameran Muzium Etnologi Berlin dari bahagian Thai dan Khmer ketika lawatan beliau di negara ber­kenaan.

Melihat persamaan ukiran pada bumbung dan pagar rumah tradisional Minangkabau dan Batak, beliau terpanggil untuk menamakan koleksi tersebut sebagai Pago mengikut dialek Ne­geri Sembilan dan mengu­langi perkataan itu untuk mendapatkan irama (Pago Pago).

Pago Pago adalah gabungan konsep semula jadi dan kebudayaan setempat sepanjang perantauan beliau yang menyaksikan perubahan sosial manusia dari tahun 1960 hingga 1969.

Keunggulan nama dan kualiti seni karyawan Abdul Latiff Mohidin menbuatkan lukisan beliau menjadi rebutan pengumpul koleksi seni kerana mempunyai nilai yang tinggi dan tidak terikat pada sempadan masa.

Bagi peminat seni lukisan, koleksi seperti itu merupakan pelaburan jangka panjang dan sentiasa memberi keuntungan apabila dijual semula.

Memetik laporan akhbar tempatan, lukisan Latiff Mohidin bertajuk Puntung The Stump pernah dijual dengan harga RM879,216 manakala karya beliau bertajuk Serangga dijual pada harga RM180,000.

Kesempatan itu diambil oleh Pengarah Galeri Ilham Kuala Lumpur, Rahel Joseph untuk memberi peluang rakyat Malaysia melihat sendiri karya agung anak jati Negeri Sembilan yang menjadi pilihan ramai pengumpul koleksi seni lukisan itu.

“Kami berbesar hati untuk mempersembahkan 70 karya dan material arkib dari koleksi awam dan persendirian dari Singapura dan Malaysia di Galeri Ilham.

“Kerjasama yang diberikan National Gallery Singapore dan Centre Pompidou untuk menyediakan lukisan dari galeri mereka sangat baik dan memudahkan kami di sini,” katanya.

Menurut Rahel Joseph, pa­meran itu adalah satu bentuk penghargaan kepada negara ke­rana belum pernah dipersembahkan secara besar-besaran melibatkan hampir semua koleksi peribadi karyawan tersebut.

“Kami berharap pengunjung dapat mempelajari sesuatu daripada pameran ini terutama mengenai cara Latiff Mohidin berfikir dan be­kerja sepanjang penghasilan karya berkenaan,” ujarnya.

Pameran Pago Pago (1960-1969) oleh Latiff Mohidin berlangsung di Galeri Ilham, Tingkat 5 hingga 30 Disember ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut de­­ngan melayari www.ilhamgallery.com.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini