LAHAD DATU – Pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) bersiap-siaga menggerakkan semua aset di pos kawalan barisan hadapan bagi meningkatkan kawalan keselamatan di perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone). Komander Esscom, Datuk Hazani Ghazali berkata, orang awam terutama masyarakat setempat diminta segera menyalurkan maklumat kepada pasukan keselamatan sekiranya menyedari pergerakan yang mencurigakan di kawasan perairan Esszone. “Kita sudah menggerakkan kesemua aset di lapangan dan pos kawalan bahagian hadapan…










