SERDANG 11 Okt. –Orang ramai yang masih belum pernah membuat dan melihat bagaimana keju dihasilkan boleh datang ke Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen Ke-42 (EPPK42), Universiti Putra Malaysia (UPM) di Dusun Humphrey dan Kompleks Akademik A pada 25 hingga 31 Oktober ini. Terdapat beberapa jenis keju antaranya keju ricotta dan keju mozarella yang mudah untuk dibuat menggunakan bahan-bahan seperti serbuk lemon, rennet (sejenis enzim daripada tumbuhan), susu segar, garam serta…










