RABAT 16 Okt. – Sekurang-kurangnya enam orang maut dan lebih 70 orang cedera selepas sebuah kereta api tergelincir dari landasan berhampiran ibu negara Maghribi hari ini. Jurugambar agensi berita AFP yang berada di lokasi kejadian menyatakan bahawa pasukan penyelamat kini bertungkus-lumus mengeluarkan mayat dan mangsa yang cedera dari gerabak kereta api yang terbalik. Kejadian itu berlaku kira-kira 20 kilometer ke utara Rabat antara pekan Kenitra dan Sale. Pemandu kereta api…










