KANGAR – Empat menu makanan yang popular di Perlis bakal mengegarkan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Antarabangsa (MAHA) 2018 di Malaysia Agro Exposition Park Serdang pada 22 November hingga 2 Disember ini. Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) FAMA, Mansor Omar berkata, empat menu makanan itu ialah masakan berasaskan ikan keli daripada pengusaha Restoran Anjung Keli di sini. “Selain itu, udang sanggul, laksa Kuala Perlis dan kuetiau yang akan dipilih daripada…










