SEREMBAN 23 Okt. – Seramai empat murid sekolah swasta dan antarabangsa, Matrix Global Schools (MGS) dekat Sendayan di sini, menerima anugerah atas pencapaian sukan peringkat antarabangsa dan kebangsaan tahun ini, hari ini. Mereka terdiri daripada Anya Loh Yi Ling, 7; Ameeshenraj Chandran, 10; Yasshmita Jadishkumar, 10, dan Vissnupriya Prushotman, 5. Yi Ling meraih emas dalam kejohanan wushu bagi kategori perempuan bawah 12 tahun di Taijiquan, China manakala Ameeshenraj menggondol emas…










