PASIR MAS 9 Okt. – Empat buah kuarters yang didiami kakitangan Keterapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di sini terbakar malam tadi. Kejadian kira-kira pukul 10 malam itu bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa kerana semua penghuni kuarters berkenaan tiada di lokasi. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas Adenan Mohamad Juri berkata, seramai 21 anggota dari Balai Pasir Mas, Tunjong dan Rantau Panjang telah dikejarkan ke tempat kejadian untuk kerja-kerja memadam dan menyelamat. “Sejurus kami sampai, kuarters tersebut sudah 80 peratus terbakar. “Siasatan awal, kita anggaran kerugian berjumlah RM200,000,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya