KUALA TERENGGANU 13 Okt. – Kes penipuan dalam urusan jual beli hartanah di negeri ini makin meningkat dalam keghairahan rakyat membuat pelaburan bagi jaminan masa depan mereka tanpa memahami selok-belok mengenainya dan bersikap ‘ambil mudah’. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, mereka perlu berhati-hati agar tidak mudah terperangkap dan menjadi mangsa sehingga berdepan dengan kerugian yang besar. “Dalam hal ini, ilmu mengenai urusan hartanah…










