TANGKAK 1 Okt. – Jumlah eksport sektor elektrik dan elektronik (E&E) yang merupakan antara komponen terpenting sektor pembuatan dan eksport negara pada tahun lalu meningkat sebanyak 19.2 peratus berbanding 2016. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Darell Leiking berkata, sebanyak RM343 bilion dicatatkan pada 2017 berbanding jumlah eksport dua tahun lalu yang hanya mencapai RM287.81 bilion. “Sehingga Julai tahun ini pula, jumlah eksport produk E&E negara telah mencapai angka RM34.5 bilion…










