DALAM tempoh kurang dari setahun, kedua-dua negara Singapura dan Malaysia berjaya mencatatkan sejarah dalam arena politik masing-masing apabila seorang wanita dilantik untuk jawatan penting dalam kerajaan buat kali pertama. Di Singapura, Halimah Yacob dipilih sebagai Presiden Singapura manakala Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri wanita pertama di Malaysia. Pencapaian ini merupakan berita baik bukan hanya untuk kedua-dua negara tetapi juga untuk seluruh rantau Asia Tenggara.…










