Dua suspek pukul pekerja stesen minyak ditahan - Utusan Malaysia

Dua suspek pukul pekerja stesen minyak ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGKAI – Polis menahan dua lelaki yang merupakan suspek untuk membantu siasatan berhubung kes seorang pekerja sebuah stesen minyak di sini dipukul oleh sekumpulan penunggang motosikal pada 6 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kedua-dua lelaki itu ditahan di dua lokasi berasingan hari ini dan semalam.

Jelasnya, suspek pertama berusia 40 tahun ditahan di rumahnya di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur pada pukul 9.45 malam semalam.

“Lelaki itu telah direman selama empat hari bermula semalam hingga Ahad ini untuk membantu siasatan kes berkenaan.

“Suspek kedua berusia 25 tahun telah menyerah diri di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah pada 4.15 petang tadi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Wan Azharuddin berkata, suspek kedua itu akan direman selepas mendapat perintah reman di Mahkamah Majistret Tapah esok.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Akhbar Kosmo! semalam melaporkan seorang pekerja sebuah stesen minyak di sini dipukul sekumpulan lelaki akibat salah faham ketika mengisi minyak.

Kejadian kira-kira pukul 12.45 tengah hari itu turut menjadi tular apabila dua rakaman te­levisyen litar tertutup (CCTV) berdurasi 42 saat dan satu minit 27 saat tersebar di media sosial.

Berdasarkan rakaman CCTV itu, mangsa dibawa keluar oleh sekumpulan lelaki dipercayai penunggang motosikal dari kaunter stesen minyak di dalam premis sebelum dipukul selain dibaling objek. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN