KINABATANGAN – Dua rakan sekerja ditemui tidak sedarkan diri di dalam sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi di tepi jalan Kilometer 80, Jalan Sandakan-Lahad Datu sini hari ini. Dalam kejadian pada pukul 11.46 pagi tersebut mangsa, Mohd.Fitri Haimin dan Mohd.Helmi Muhammad masing-masing berusia 19 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kerana dipercayai terhidu gas karbon monoksida. Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superitendan A. Sahak Rahmat berkata, maklumat daripada orang awam mendapati terdapat…










