KINABATANGAN – Dua maut manakala seorang parah dalam kejadian kemalangan melibatkan dua buah motosikal di Kilometer 135, Jalan Sandakan-Lahad Datu di sini semalam. Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A. Sahak Rahmat berkata, dua mangsa yang maut adalah penunggang motosikal Yamaha LC dan Honda Wave, manakala pembonceng Honda Wave pula parah. Menurut A. Sahak, kemalangan kira-kira pukul 7 malam itu membabitkan mangsa berusia antara 19 hingga 24 tahun. “Semasa kejadian penunggang…










