TAPAH – Dua pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Tapah maut selepas motosikal yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Taman Universiti Wallagonia dekat Tapah Road sini hari ini. Dalam kejadian pada pukul 11.30 pagi itu, penunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR, Muhammad Farid Abdul Aziz,20, dan pembonceng, Muhamad Firdaus Mohd. Nor,19, meninggal dunia di lokasi kejadian. Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, siasatan awal mendapati, kedua-dua mangsa sedang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di kawasan tersebut. Jelasnya, apabila tiba di lokasi kejadian, motosikal…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya