Dua pelajar Tahun 6 mati lemas - Utusan Malaysia

Dua pelajar Tahun 6 mati lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU – Kegembiraan empat sahabat menghabiskan cuti hujung minggu selepas selesai menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) berakhir tragedi apabila dua daripada mereka ditemui mati lemas ketika sedang bermandi-manda di Sungai Gong Batu berhampiran Boardwalk Setiu di sini semalam.

Dua mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu ialah Nor Afizatul Nabihah Mohd. Jaafar, 12, dari Kampung Rahmat dan Nur Qumaira Qistina Mohammad Nizam, 12, dari Felda Chalok Rahmat.

Mangsa bersama dua lagi rakan mereka yang selamat iaitu Ain Najiha Abdul Rani, 12, dan Nur Aishah Syakirah Ishak, 12, merupakan pelajar Tahun Enam di Sekolah Kebangsaan Kampung Rahmat di sini.

Difahamkan, empat sahabat itu mengunjungi pusat perkelahan itu bersama keluarga salah seorang daripada mereka.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Setiu, Mustafa Ismail berkata, pihaknya me­nerima panggilan kecemasan pada pukul 12.33 tengah hari sebelum 20 pegawai dan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.

Katanya, mayat Nor Afizatul Nabihah ditemui pasukan penyelamat kira-kira pukul 2.27 petang manakala mayat Nur Qumaira Qistina ditemui pada pukul 4 petang.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN