Dua lelaki ditahan bersama dadah bernilai RM10,000 - Utusan Malaysia

Dua lelaki ditahan bersama dadah bernilai RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU – Seorang juragan bot penumpang dan penganggur warganegara Filipina ditahan bersama dadah disyaki syabu seberat 100.7 gram dianggarkan bernilai RM10,000 dalam satu serbuan di kawasan CIQ Lama di sini pada Isnin lalu.

Kedua-dua suspek yang berusia 36 dan 22 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau lebih kurang pukul 8.30 malam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, bertindak atas maklumat pihaknya telah menjalankan serbuan di kawasan berhampiran CIQ Lama dekat sini.

Menyedari kehadiran pihak polis suspek yang bekerja sebagai pemandu bot penumpang cuba melarikan diri namun, berjaya ditangkap selepas berlakunya pergelutan.

dadah syabu
Dua lelaki yang ditahan pihak berkuasa semasa serbuan di kawasan CIQ Lama Isnin lalu.

 

“Hasil pemeriksaan terhadap fizikal suspek tidak menemui barang mencurigakan sehingga lelaki terbabit mengaku menyembunyikan dadah di kawasan tebing Jeti CIQ Lama sebelum diserahkan kepada seorang lelaki dikenali sebagai Apang.

“Justeru, pemeriksaan lanjut di lokasi itu kami menemui sebungkus plastik hitam mengandungi dua peket plastik lutsinar berisi dadah jenis syabu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Fadil, kira-kira 10 minit kemudian kelihatan sebuah bot yang dipandu lelaki dipercayai Apang tiba di kawasan kejadian dan pasukan polis segera bertindak menangkapnya.

“Mereka kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan,” jelasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN