TAWAU – Seorang juragan bot penumpang dan penganggur warganegara Filipina ditahan bersama dadah disyaki syabu seberat 100.7 gram dianggarkan bernilai RM10,000 dalam satu serbuan di kawasan CIQ Lama di sini pada Isnin lalu. Kedua-dua suspek yang berusia 36 dan 22 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau lebih kurang pukul 8.30 malam. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, bertindak atas maklumat…










