MARUDI – Dua kanak-kanak maut apabila dirempuh sebuah trak pikap di Jalan Bakong-Lapok berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Long Lapok di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 10.35 pagi itu, dua mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Carin Tigan, 10, dan Monica Ubong, 3. Difahamkan, Carin merupakan emak saudara kepada Monica. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, siasatan awal mendapati sebelum kejadian itu, kedua-dua…










