Dr. Mahathir akan bantu kempen Anwar - Utusan Malaysia

Dr. Mahathir akan bantu kempen Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Okt. – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan turun untuk membantu kempen calon Pakatan Harapan(PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Isnin depan.

Dr. Mahathir berkata, satu majlis besar-besaran akan diadakan bagi membantu kempen Anwar dan beliau berharap pengundi luar akan pulang serta memberikan undi kepada Anwar.

“Macam-macam orang sebut mengenai saya dan Anwar, kata saya bergaduh dengan Anwar dan tidak sokong Anwar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya dan ketua parti PH akan berada di sana untuk berkempen pada 8 Oktober ini (Isnin),” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini