PETALING JAYA – Gara-gara memukul isteri kedua sehingga cedera, seorang pengawal keselamatan terpaksa meringkuk di dalam penjara selama dua bulan selepas dia dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.
Majistret Mohd. Ikhwan Mohd. Nasir menjatuhkan hukuman itu terhadap Jaimi Jaya, 35, setelah tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah dalam prosiding perbicaraan kesnya.
Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula semalam.
Mengikut pertuduhan, Jaimi didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya, Manisha Jaimi, 25, dengan memukul wanita itu pada bibir, tangan dan kepala di dalam sebuah kereta.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










