SHAH ALAM 2 Okt. – Mahkamah Sesyen di sini hari ini memutuskan pelakon dan pelawak, Didie Alias tidak melanggar sebarang kontrak penerbitan program travelog, Street Food Asian mahupun memfitnah penerbit drama dan pelakon, Datuk Rafena Ezanee Ramli serta syarikat penerbitannya. Menurut peguam Azlan Abdul Razak yang dibantu Athirah Azham mewakili Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohammad selaku defendan, bagi dakwaan pelanggaran kontrak, mahkamah mendapati tuntutan yang dikemukakan pihak plaintif iaitu…










