Dewan Rakyat lulus RUU Kanak-Kanak dan Orang Muda - Utusan Malaysia

Dewan Rakyat lulus RUU Kanak-Kanak dan Orang Muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) (Pindaan) 2018 yang bertujuan meningkatkan perlindungan terhadap golongan berkenaan berhubung dengan pekerjaan.

Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran berkata, pindaan kepada Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 itu bagi memastikan undang-undang buruh di negara ini selari dengan piawaian antarabangsa khususnya konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

Beliau berkata, sejak Malaysia meratifikasi Minimum Age Convention 1973 dan Worst Form of Child Labour Convention 1999, ILO telah membuat teguran kepada Malaysia kerana peruntukan dan pelaksanaan Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda tidak selari dengan prinsip konvensyen berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Justeru, pindaan akta ini adalah sebahagian langkah pembaharuan yang holistik kepada lanskap undang-undang buruh negara,” katanya ketika membentangkan pindaan RUU itu bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini.  

Dalam pada itu, semasa sesi penggulungan, Kulasegaran berkata, kanak-kanak tidak dibenarkan bekerja dari pukul 8 malam hingga 7 pagi.

Katanya, bagi kanak-kanak yang terlibat di dalam iklan atau kegiatan seni pula, majikan perlu mendapatkan lesen untuk tujuan itu.

Beliau menjawab soalan Natrah Ismail (PH-Sekijang) berhubung terdapat kanak-kanak yang dilihat bekerja di kawasan rehat dan rawat (R&R) pada waktu malam,

Persidangan dewan bersambung esok. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini