BENGKAK pada betis hingga ke kakinya sejak lima bulan menyebabkan pergerakan Amirul Nizam Marodzi, 44, agak terbatas. Dia juga sering cepat rasa letih dan semput meskipun hanya melakukan kerja-kerja yang ringan. Penjawat awam itu pada mulanya beranggapan, bengkak pada kakinya itu mungkin akibat kesan sampingan kemalangan jalan raya yang dialaminya pada tahun 2012. Ekoran rasa semput dan letih melampau itu akhirnya menggerakkan hati Amirul Nizam untuk pergi ke Hospital Tuanku Fauziah di Kangar, Perlis menjalani pemeriksaan kesihatan. Niatnya hanya mahu menjalani pemeriksaan. Nasib tidak menyebelahinya apabila dia telah ditahan hampir…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya