Derma bantu peminat lego - Utusan Malaysia

Derma bantu peminat lego

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERANCIS – Prihatin dengan kejadian pecah rumah yang menimpa Youtuber terkenal, Louis baru-baru ini, ratusan pengguna internet menghulurkan derma untuk meringankan kerugian yang ditanggung pengasas saluran YouTube republicattak itu.

Tragedi itu tular setelah Louis memuat naik video memaparkan beliau sedih dengan kejadian yang turut merosakkan beberapa permainan lego termasuk set Star Wars yang dikumpul sejak 14 tahun lalu.

Dalam video berdurasi lima minit enam saat itu, Louis meluahkan kekecewaan dan menyuarakan keinginan untuk tidak lagi memuat naik sebarang video di YouTube.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak tahu apa hendak saya lakukan. Itu (lego) adalah minat saya…Ini adalah pengakhiran saluran YouTube saya,” katanya.

Susulan video tersebut, ramai pengguna internet bersimpati dan memberi sumbangan. Jumlah yang dikumpul menerusi laman gofundme kini telah mencecah AS$18,350 (RM76,290). – HUFFPOST

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini