Demi sahabat dan semangat setia kawan Najib hadir di mahkamah - Utusan Malaysia

Demi sahabat dan semangat setia kawan Najib hadir di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Okt.-Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kehadirannya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini demi sahabat dan semangat setia kawan terhadap Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Bekas Presiden UMNO itu berkata, kehadirannya untuk memberikan sokongan kepada Ahmad Zahid sebelum pulang ke Pekan, Pahang.

Dalam hantaran di Facebook, Najib turut mendoakan Ahmad Zahid dilindungi Allah dan berharap Presiden UMNO itu dan keluarganya tabah menghadapi detik sukar.

“Demi sahabat dan semangat setiakawan, saya ke mahkamah sebentar tadi untuk memberikan sokongan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum pulang ke Pekan.

“Saya harap beliau dan keluarga tabah menghadapi detik sukar ini. Semoga Allah SWT melindungi beliau,” kata Najib.

Ahmad Zahid didakwa atas 10 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan menerima rasuah dan  27 pertuduhan pengubahan wang haram. Ahmad Zahid bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Pertuduhan dibuat mengikut   Seksyen 409 Kanun Keseksaan,  Sekayen 16(a)B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan  Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN