Datuk, Datin mengaku tidak bersalah pecah amanah wang syarikat - Utusan Malaysia

Datuk, Datin mengaku tidak bersalah pecah amanah wang syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Bekas Ketua Pemuda Malaysia Retail Chain Association (MRCA) yang bergelar Datuk dan isterinya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan pecah amanah wang milik syarikatnya bernilai RM69,047, tahun lalu.

Tertuduh, Datuk Lee Kim Hock, 35, dan isteri­nya, Datin Zhong Pei Ling, 32, merupakan warga China bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Inggeris di hadapan Hakim S. Mabel Mutiah.

Mengikut pertuduhan, mereka yang merupakan pengarah Syarikat Myorto Footcare Sdn. Bhd. te­lah diamanahkan de­ngan harta iaitu 13 keping cek bernilai RM69,047 telah melakukan pecah ama­nah di Jalan Cempaka, Kampung Sungai Kayu Ara di sini pada Januari 2017.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mereka didakwa me­lakukan kesalahan me­ngikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini