KUALA LUMPUR 5 Okt. – UMNO mahu kerajaan Pakatan Harapan (PH) mendapatkan pandangan dan persetujuan daripada semua parti politik sebelum memperkenalkan mekanisme baharu atau undang-undang mengenai dana politik di negara ini. Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, hakikatnya sumber kewangan sangat penting bagi sesebuah badan politik yang tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak. Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini pernah mencadangkan rang undang-undang (RUU) mengenai pembiayaan…










