SOCHI 18 Okt. – Presiden Rusia, Vladimir Putin mendakwa kumpulan pengganas Daesh telah menculik hampir 700 orang tebusan di kawasan dikuasai oleh tentera disokong Amerika Syarikat (AS). Putin turut menyatakan terdapat tebusan yang telah dibunuh dan Daesh berjanji akan membunuh lebih ramai tahanan. Bercakap di bandar Sochi, Putin berkata, tebusan itu termasuklah beberapa pegawai AS dan Eropah selain menambah Daesh sedang memperluaskan pengaruhnya di kawasan bahagian kiri tebing Sungai Euphrates…










