Saya berusia lewat 20-an dan sering bercukur untuk membersihkan kawasan kemaluan.
Sejak kebelakangan ini, saya sering terasa bengkak selepas bercukur. Adakah ia berbahaya?
Jawapan:
Bulu pada alat sulit wanita menjadi penghalang untuk menjaga dan mengurangkan terdedah kepada virus mahupun bakteria, serta untuk melindungi kulit halus vulva.
Menjaga kebersihan amat penting termasuk pada alat sulit wanita kerana keadaannya yang lembap dan mudah dijangkiti bakteria.
Namun, bercukur tidak digalakkan kerana mengundang pelbagai isu yang mungkin memerlukan rawatan lanjut.
Antara punca yang bakal berlaku akibat bercukur adalah:
l Iritasi kulit pada kemaluan
l Perubahan warna kulit kemaluan (pigmentasi/gelap)
l Iritasi pada bibir faraj
l Pengelupasan ekstrem sehingga menyebabkan luka dan pendarahan pada kulit
kemaluan (abrasion)
l Gatal-gatal
Terdapat juga kemungkinan, pori kulit tersumbat yang menyebabkan pertumbuhan bulu jadi terbantut sehingga terjadinya bengkak bernanah (ingrown hairs) dan mudah dijangkiti bakteria.
Ia akan menimbulkan rasa gatal dan sakit bila tersentuh.
Sekiranya ini berlaku, saya nasihatkan agar puan berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan agar ia tidak memudaratkan atau menjejaskan kesihatan puan.
Oleh itu ada baiknya bulu kelamin jangan dicukur habis, mungkin boleh digunting saja untuk menjaga kebersihan secara rutin agar tidak terjadi infeksi atau jangkitan pada alat kelamin.










