'Cubaan mereka tidak akan lemahkan kami' - Ismail Sabri - Utusan Malaysia

‘Cubaan mereka tidak akan lemahkan kami’ – Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pendakwaan 45 pertuduhan yang dihadapi Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak sesekali meruntuh dan melemahkan semangat parti.

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Yaacob berkata, ini kerana pendakwaan yang dilakukan dilihat pendakwaan “terplilih” yang lebih bersifat politik.

“Hari ini kita tunjukkan sokongan kepada Presiden sebab kita lihat ramai daripada seluruh negara datang untuk menyokong pemimpin kita.

“Walaupun Presiden UMNO dijangkan menghadapi beberapa pertuduhan, Ia tidak sesekali menjejaskan semangat parti,” katanya ketika ditemui di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini sebentar tadi.

Dalam pada itu, ditanya mengenai kedudukan Zahid sebagai Presiden selepas pendakwaan dilakukan, Ismail berkata, setakat ini tiada apa perbincangan mengenai perkara itu.

“Kita tidak perlu terburu-buru membuat keputusan, dia (Zahid) tengah susah eloklah kita sama-sama menghadapi kesusuahan ini.

“Tidak perlu fikir apa-apa, tunjukkan sokongan kita kepada presiden dahulu,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN