Cinta WhatsApp: Guru rugi RM14,000 - Utusan Malaysia

Cinta WhatsApp: Guru rugi RM14,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 18 Okt. – Seorang guru wanita di Jerantut dekat sini terpaksa menanggung kerugian sehingga RM14,000 selepas dia diperdaya oleh seorang lelaki yang kononnya bekerja sebagai jurutera di England.

MOHD. WAZIR MOHD. YUSOF
MOHD. WAZIR

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, kejadian berlaku pada 1 Oktober lalu apabila mangsa berusia 46 tahun itu berkenalan dengan seorang lelaki bernama Rashid Jerome Mohd. menerusi aplikasi WhatsApp.

“Sebagai penghargaan kepada persabahatan itu, suspek mahu memberi hadiah kepada mangsa seperti telefon bimbit, barang kemas dan wang tunai sebanyak USD100,000 (RM415,600).

“Isnin lalu, mangsa dihubungi oleh seorang wanita bernama Rohana kononnya dari pusat Courier Express yang memaklumkan mangsa perlu membuat bayaran untuk mendapatkan bungkusan hadiah itu,” katanya, di sini hari ini.

Mohd. Wazir berkata, mangsa membuat empat kali transaksi menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM14,000 ke dalam satu akaun bank yang diberikan oleh wanita berkenaan.

“Mangsa bagaimanapun diugut membayar lagi wang jika tidak mahu dikenakan tindakan undang-undang. Bimbang dengan ugutan itu, mangsa membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut, semalam,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN