Chong Wei pulang ke tanah air esok - Utusan Malaysia

Chong Wei pulang ke tanah air esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Okt. – Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei akan pulang ke tanah air esok selepas menerima kebenaran daripada pegawai perubatan di Taiwan.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria dalam satu kenyataan memberitahu, pemain berusia 36 tahun itu sedang menjalani rawatan dengan baik di negara dan dijangka tiba di ibu negara esok.

“Saya sudah bercakap dengan Chong Wei, Rabu lalu dan dia masih belum mendapat kebenaran untuk pulang tetapi hari ini, dia diberi kebenaran untuk pulang oleh pasukan perubatan di sana.

“Mewakili BAM, saya menggesa orang ramai untuk menghormati privasi pemain itu,” katanya.

Semalam, media melaporkan bahawa pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik itu akan pulang ke tanah air dengan menaiki pesawat peribadi.

Jaguh negara itu kini berada di Taiwan bagi menjalani proses mengubati penyakit kanser hidung yang dihidapinya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN