China dakwa kem tahanan Uighur berjaya kurangkan keganasan - Utusan Malaysia

China dakwa kem tahanan Uighur berjaya kurangkan keganasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING 16 Okt. – Seorang pegawai tertinggi China di wilayah Xinjiang menyifatkan kem-kem tahanan yang dibangunkan untuk etnik Uighur itu sebagai satu langkah efektif mengekang kegiatan keganasan.

BBC melaporkan, Shohrat Zakir menyatakan bahawa kesemua kem tahanan tersebut diibaratkan seperti pusat pendidikan vokasional.

Katanya, kesemua ‘tahanan’ berasa gembira dan bersyukur kerana mereka diberi peluang untuk mengubah cara hidup ke arah yang lebih baik.

Beberapa laporan sebelum ini menyatakan bahawa tindakan China mewujudkan kem-kem tahanan tersebut dilihat sebagai menindas etnik Uighur yang majoritinya beragama Islam.

Badan-badan hak asasi juga memaklumkan etnik tersebut ditahan tanpa sebarang pendakwaan serius seperti enggan memberikan sampel DNA, bercakap dalam bahasa ibunda mereka dan bertengkar dengan anggota penguat kuasa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN