KUALA LUMPUR – Lapan muka baharu merupakan antara 26 pemain yang disenaraikan pengendali skuad bola sepak kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk sesi latihan pusat skuad berkenaan bermula Rabu ini sebagai persediaan awal menghadapi Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) pada bulan hadapan. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan memaklumkan muka baharu berkenaan adalah enam pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) – penjaga gol Farizal Marlias, Aidil Zafuan Abd…










