GUA MUSANG – Seramai 120 murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Gua Musang di sini menyertai program kesedaran dan ilmu pencegahan jenayah dalam kalangan warga sekolah hari ini. Ceramah itu telah disampaikan oleh Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang, Asisten Superintendan Che Yob Pin. Dalam ceramahnya, Che Yob berkata, masalah jenayah perlu dibendung oleh warga sekolah termasuklah murid, ibu bapa dan pihak pengurusan sekolah. “Perbuatan salah laku seperti merosakkan harta benda sekolah, membuli, bergaduh, mencuri, memeras ugut dan lain-lain perlu dilihat secara serius…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya