GEORGE TOWN – Seorang pelajar perempuan yang merupakan calon ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) ditemui mati selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 11 rumahnya di Pangsapuri Lebuh Sungai Pinang 1 di sini semalam. Mayat, Cheah Xin Hui, 15, dijumpai orang awam dalam keadaan tertiarap dan tidak sedarkan diri di bawah blok perumahan berkenaan kira-kira pukul 8.25 pagi. Xin Hui yang belajar di sebuah sekolah menengah jenis kebangsaan di sini sepatutnya menduduki…










