KUALA LUMPUR 17 Okt. – Cadangan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mengapungkan aset bangunan hospital Kerajaan melalui kaedah Pelaburan Amanah Hartanah (Real Estate Investment Trust, REIT) patuh syariah bagi memperoleh dana tambahan sebanyak RM3 bilion untuk tahun 2019 perlukan kajian teliti. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki meminta Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad agar tidak tergesa-gesa meneruskan inisiatif REIT yang didakwa akan membebankan pesakit. Menurut Dr. Asyraf Wajdi, berdasarkan amalan biasa, pelabur-pelabur akan membeli unit-unit amanah REIT dan jumlah dana yang dikumpulkan akan digunakan untuk membiayai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya