Cadang ganti getah dengan tanaman berdaya saing - Utusan Malaysia

Cadang ganti getah dengan tanaman berdaya saing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH 1 Okt. – Kementerian Pembangunan Luar Bandar bercadang menggantikan penanaman getah dengan tanaman lain yang lebih berdaya saing oleh Felcra Berhad (Felcra) dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) di seluruh negara.

Timbalan Menterinya R. Sivarasa berkata, langkah mencari alternatif tanaman lain itu penting bagi memastikan masa depan peserta Felcra dalam keadaan harga getah yang tidak menentu.

“Agensi Felcra dan RISDA kena fikirkan masalah ini sebab kita ada tanah yang berbeza kualiti di banyak kawasan. kita kena fikirkan masa depan peserta dan negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Salain getah, apakah kita ada pilihan lain dari segi tanaman makanan yang boleh menjana untung lebih besar serta bagaimana hendak melaksanakannya,” katanya dalam sidang akhbar sempena lawatan ke Projek Felcra Kuala Kaung di Lanchang dekat sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengarah Kementerian Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Mohd. Aruwan Ab. Aziz dan Pengurus Besar Wilayah Felcra Pahang, Datuk Abdul Mutalib Tais. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini