PORT DICKSON 3 Okt. – Bunga malai serta kain ‘ponnadai’ yang dipakai oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam Konvensyen Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) di Terengganu bulan lalu tidak mempunyai kaitan dengan agama Hindu. Ketua DHPP, N. Balasubramaniam berkata, bunga malai dan kain tersebut merupakan sebahagian daripada tradisi kaum India. “Ia diberikan sebagai tanda penghormatan,” katanya dalam sidang akhbar di Markas Induk Pas bagi Pilihan Raya Kecil…










