BERKALI-kali Mohamad Khiddir Mohd. Baharudin, 28, atau lebih dikenali sebagai Kide memaklumkan bahawa dia tidak sangka menjadi artis pilihan bagi jenama bagi kasut, pakaian dan aksesori sukan lasak, Vans untuk bersama-sama menyertai siri jelajah House of Vans Asia Tour 2018. Bagi anak jati kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu, ia umpama orang mengantuk disorongkan bantal. Minatnya terhadap dunia seni lukis sejak kecil mendapat perhatian Vans. “Saya membesar dalam keluarga yang…










