Bomba selamatkan pelajar ponteng - Utusan Malaysia

Bomba selamatkan pelajar ponteng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Enam pelajar termasuk seorang perempuan terperangkap di tingkat tiga sebuah unit rumah pangsa di Lobak di sini ketika cuba melarikan diri daripada guru dan polis selepas perbuatan ponteng sekolah mereka terbongkar semalam.

Dalam kejadian pukul 8 pagi itu, kesemua pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini di­selamatkan anggota bomba menggunakan tangga untuk turun dari rumah tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri Lobak, Chew Seh Yong berkata, sebelum kejadian, beliau dihubungi penduduk yang mengadu terlihat 10 pelajar ponteng sekolah dan berkumpul di sebuah unit rumah tidak berpenghuni di tingkat empat bangunan kediaman itu.

Menurutnya, dua guru sekolah mereka kemudiannya datang untuk mena­ngani masalah tersebut.

“Saya juga menghubungi polis yang datang tidak lama kemudian. Menyedari kehadiran polis, pelajar terbabit panik dan cuba melarikan diri.

“Enam daripada mereka termasuk seorang pelajar perempuan bertindak turun dari serambi di dapur rumah ke tingkat tiga tetapi mereka telah terperangkap di dalam rumah yang berkunci itu,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN