KUALA LUMPUR 4 Okt. – Sebuah suruhanjaya siasatan perlu ditubuhkan segera bagi menyiasat punca kejadian membabitkan enam anggota Bomba dan Penyelamat yang lemas dalam tragedi air berpusar ketika operasi mencari dan menyelamat seorang remaja di Taman Putra Puchong di sini malam tadi. Anggota Majlis Keselamatan Aktiviti Air (WASC), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, hasil siasatan suruhanjaya itu juga perlu bagi menjawab semua spekulasi dan persoalan yang ditimbulkan berikutan kejadian…










