SYDNEY 23 Okt. – Australia Central Coast Mariners berkata, rundingan dengan Usain Bolt terhenti kerana isu kewangan, dan mengingatkan kepada raja pecut dunia itu bahawa dia tidak akan bermain dalam Liga-A walaupun mengikat kontrak bersama kelab tersebut. Juara Olimpik lapan kali itu menjalani sesi ujian bersama pasukan Liga-A sejak tiba pada Ogos bagi memenuhi impiannya menjadi pemain bola sepak profesional. Bolt, 32, meraih tumpuan dunia, selepas dia menjaringkan dua gol…










