AWANG simpati dengan musibah yang melanda Sulawesi Tengah, Indonesia. Belum pun reda kesengsaraan akibat gempa bumi dan tsunami, wilayah itu berhadapan bencana letupan Gunung Berapi Soputan.Semoga letupan itu tidak memudaratkan. Sukar untuk membayangkan kesengsaraan yang sedang dihadapi oleh penduduk. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Jumlah korban yang mencecah lebih 1,400 orang dijangka meningkat apabila pasukan mencari dan menyelamat memasuki lebih banyak kawasan bencana itu. Kita berdoa agar bantuan kemanusiaan termasuk dari Malaysia dan negara-negara lain dapat sampai kepada mangsa. Rakyat Malaysia juga boleh menyumbang melalui tabung yang dilancarkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya