AWANG berharap jawatankuasa siasatan khas dapat menyediakan laporan yang menyeluruh berhubung punca tanah runtuh di projek lebuh raya berkembar Paya Terubong pada Jumaat lalu. Semua pihak perlu memberi kerjasama kepada jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) itu. Dengan dianggotai tenaga kepakaran pelbagai agensi, laporan berkenaan diharap dapat merumuskan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil bagi mengelakkan insiden seumpama itu berulang. Cukuplah dengan dua insiden yang mengorbankan banyak…










