BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 13 OKTOBER 2018 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 13 OKTOBER 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TIDAK sampai seminggu selepas kejadian kemalangan di Terowong Menora, Ipoh yang menyaksikan lima daripada empat keluarga rentung, semalam satu lagi kemalangan ngeri melibatkan lori treler berlaku. Kali ini di Shah Alam pula yang menyebabkan dua orang terbunuh manakala 10 orang cedera.

Sebelum itu beberapa kemalangan turut berlaku membabitkan lori treler dan apa yang meresahkan ada antara mereka disahkan memandu di bawah pengaruh dadah. Persoalannya, apakah tindakan pihak berkuasa bagi mengelakkan lori treler bagaikan ‘pembunuh’ di jalan raya.

Sesuatu perlu dilakukan dan bukannya sekadar membentangkan rekod sesebuah kenderaan berat mahupun pemandunya apabila sudah terjadi kemalangan sehingga meragut nyawa pengguna jalan raya lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

Oleh itu Awang berpendapat, sudah sampai masanya pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Pengangkutan melaksanakan tindakan drastik untuk memastikan jalan raya kita bebas daripada pemandu-pemandu lori treler atau kenderaan berat yang hakikatnya tidak layak berada di mana-mana jalan raya atau lebuh raya di negara ini.

Bertindaklah segera. Carilah jalan penyelesaian dan pendekatan terbaik bagi mengelakkan lebih banyak tragedi kemalangan maut melibatkan pemandu lori treler berlaku. Pada masa sama, kenakan hukuman keras termasuk menggantung permit kenderaan terhadap mana-mana syarikat pengendali kenderaan yang memandang remeh soal memastikan pemandu mereka bukan ancaman kepada pengguna jalan raya lain.

AWANG – Simpati dengan keluarga mangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini