AWANG tidak pasti sejauh mana UMNO boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap wakil rakyatnya yang meninggalkan parti selepas memenangi pilihan raya umum (PRU) lalu. Walaupun jika ada sebarang perjanjian antara parti dan calon berkenaan, bagaimana pula dengan peruntukan undang-undang? Mungkin sukar untuk meminta wakil rakyat berkenaan mengosongkan kerusi yang dimenangi setelah status mereka yang melompat bukan lagi anggota parti. Benar, wakil rakyat berkenaan telah menyusahkan parti. Banyak kos yang ditanggung semasa…










